If I could turn back time... I will... ??
Ni saye nk cerita.... Mari dengar dan baca...
Jikalau saya dapat putar kembali masa... Saya akan belajar bersungguh-sungguh, menjadi kurusss selamanya dan bertekad dan mengejar untuk mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC) masa diploma dulu...
Zaman hingusan
Zaman Tadika
Zaman Diploma
Zaman Diploma
Zaman Kegemilangan saya sehingga berumur 22 tahun..
Zaman hinggusan
Zaman tadika
Zaman Sekolah Rendah
Zaman Sekolah Mengah
Zaman Menunggu Result SPM
Zaman Diploma
Zaman Bekerja Part-time
Zaman Degree
Zaman.......
Jikalau saya kembali ke zaman hingusan.... saya akan meminta daripada mama dan papa saya untuk membeli banyak banyak anak patung barbie.. haha.. sebab masa kecik-kecik dulu saya suka main permainan lelaki, power rangers, ultraman sume ada dalam tangan.....
Jikalau saya kembali ke zaman tadika... saya akan menjadi seorang ketua kelas yang sangat sopan santun dan baik.. sebab masa tadika saya telah menjadi seorang ketua kelas yang ganas dan suka membuli orang... haha.. dan saya akan meminta maaf kepada semua orang yang telah saya buli....
Jikalau saya kembali ke zaman sekolah rendah.... saya akan menjadi seorang murid yang baik dan pintar kerana saya sering kali bermain dan tidak serius ketika di kelas...
Jikalau dapat kembali ke zaman sekolah menegah.... saya akan menjadi seorang yang lebih ceria dan peramah kerana saya rasa pada zaman itu saya telah berubah menjadi seorang yang pasif, pendiam dan pemalu.. haha.. boleh caye ke??? iyer... saya juga akan belajar bersungguh-sungguh untuk medapat keputusan yang cemerlang dalam SPM supaya dapat masuk ke IPTA dan belajar dalam bidang yang saya inginkan.. iaitu Sains Geomatik.. tetapi keputusan PMR saya tak berapa bagus jadi tak dapatlah masuk aliran Biology, terpaksalah memasuki aliran Enggineering... sooo... Sains GEOMATIK bye! kalau lah dapat berubah saya akn belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat bidang yang saya inginkan...
Jikalau saya kembali ke zaman menunggu result SPM... Saya nak bekerja dengan lebih lama dan mengumpul duit yang banyak kerana saya rasa pada masa tersebut saya banyak menghabiskan masa dengan berlepak bersama rakan-rakan dan menghabiskan duit ibu bapa.. haha...
Jikalau saya kembali ke zaman diploma.... saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ANC dan membanggakan kedua ibu bapa saya... saya juga akan menjaga pointer saya supaya tak jatuh... saya juga akan aktif memasuki kelab-kelab untuk mengumpul kenalan kerana saya rasa pada masa itu saya mempunyai sifat "kurang keyakinan diri" jadi kalaulah saya dapat putar kembali masa saya akan meningkatkan tahap keyakinan diri dengan aktif berpesatuan...
Jikalau saya dapat memutarkan kembali masa saya ingin menjadi kurusssss dan saya ingin menjadi seorang manusia yang dapat mengembirakan hati kedua ibu bapa dengan memiliki banyak ilmu dan kemahiran yang tinggi..
Tetapi mustahil untuk masa itu kembali lagi dan mustahil untuk saya mengubahnyaa...
Itu yang dinamakan "Destiny"... Takdir itu mengubah segalanya....
Saya berharap saya akan menghabiskan degree saya dengan cemerlang, mendapat pekerjaan yang baik dan bagus, serta dapat membahagiakan kedua ibu bapa saya sebelum saya masuk ke fasa kehidupan yang lain...
Sekian coretan penaku....
NotaKaki: Ayat sedikit skema, gua tak tau nak citer ape der....
0 comments:
Post a Comment