Hijrah from my heart..

| Wednesday, November 6, 2013
Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah 1435H kepada semua umat islam di seluruh dunia..

Hidup yang kita tempuhi memerlukan kesabaran yang tinggi  dan pengorbanan yang utuh saban waktu. Setiap detik yang kita lalui terciptanya kenangan yang indah, bahkan ada juga yang duka untuk ditelan. Lumrah alam untuk memperbaiki dari satu tahap yang baik kepada yang lebih baik, dari tahap yang sukar kepada yang senang dan dari kedukaan kepada kegembiraan yang diidamkan..



Menurut kamus dewan, Hijrah bermaksud perpindahan. Perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah untuk meluaskan agama islam serta membawa perubahan baru kepada masyarakat Madinah ketika itu. Kedatangan Nabi Muhammad SAW serta Masyarakat Mekah yang terpaksa berkorban meninggalkan keluarga, harta dan sanggup menggadai nyawa membawa sinar baru kepada agama ISLAM.

Makna hijrah bagi diriku, melakukan perubahan yang drastik dan kekal dari yang baik kepada yang lebih baik untuk manfaat diri kita, keluarga seterusnya masyarakat yang dapat menerima perubahan diri kita dan ia akan mengalirkan sifat positif yang akan membentuk masyarakat yang sempurna akhlaknya. 

Dunia masa kini, sangat alpa diulit mimpi indah yang sebenarnya dapat meruntuhkan masyarakat dan melemahkan setiap diri insan yang bernama muslim, masyarakat Islam hari ini lebih terjerumus kepada permodenan yang melampau serta aliran kuasa politik yang merundum, diskriminasi, provokasi serta hal-hal pencetus kepada perpecahan dikalangan umat islam. 

Dari pandangan mata saya, hijrah boleh meliputi kepada sentuhan manusia dengan alam, manusia dengan manusia dan manusia dengan penciptanya ALLAH SWT.

Hijrah Manusia dengan Alam

Alhamdullilah aku masih bernafas dibumi Allah ini untuk menghirup udara yang hampir dicemari, tanah yang hampir tandus dan sungai yang sudah mati. Kita tidak memiliki alam ini tapi kita punya segala nikmat alam yang perlu dijaga dan dipelihara untuk manfaat bersama. Setiap individu perlu memainkan peranan untuk berhijrah dan melakukan pemuliharan alam yang kian tua dan hampir dipenhujungnya ini. Apabila seseorang individu menyemai sikap positif kepada alam, nescaya sifat positif yang terbina antara alam (tumbuh-tumbuhan,haiwan, sungai, bukit...) akan memberikan suatu perubahan yang besar dalam  hidup kita sebagai manusia dan Umat Islam. 

Hijrah Manusia dengan Manusia

Manusia adalah insan yang mempunyai daya pemikiran yang unik dan perasaan tertentu yang boleh berubah mengikut keadaan sekeliling atau waktu. Setiap individu perlu melakukan hijrah dalam diri untuk menjadi lebih cemerlang dan lebih berjaya. Bagi saya, sikap atau perututuran positif yang diberi oleh sesorang kepada diri kita dapat merubah pemikiran serta tindakan yang akan kita ikuti. Sikap positif atau negatif yang dapat kita serap dari manusia yang lain akan menyebabkan kita berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya, jika kita perlu bijak untuk mengawalnya. Setiap hari kita perlu berdoa supaya kita hari-hari kita akan menjadi lebih baik dari hari yang sebelumnya supaya kita dapat melakukan penghijrahan itu secara istiqamah (berterusan).

Hijrah Manusia dengan ALLAH SWT

Sejak azali lagi kita diikat dengan hukum Allah, dimana Qada' dan Qadar kita telah ditetapkan. Kita sering alpa dan lupa tentang kewujudan Allah, dan kuasanya yang meliputi seluruh alam. Sebagai manusia, kita sentiasa ingin mencari kesempurnaan dalam doa-doa kita, maka ingatlah Allah dalam zikirullah dan kita sentiasa ingin mencari keredhaan Allah, maka perbanyakkanlah amalan yang dapat membawa kita kepada kenikmatannya. Hijrah Manusia dengan ALLAH sangat perlu supaya kita dapat memperbaiki diri kita untuk lebih mendapat keredhaan disisi ALLAH serta dapat mengimbangi kenikmatan duniawi dan akhirat. Banyakkan amalan dari hari ke hari supaya dapat melakukan penghijrahan dari menjadi manusia yang biasa kepada yang soleh dan solehah sehingga kita menutup mata...


Sekian Coretan Penaku...

NotaKaki: Sekian, penulisan yang buruk itu datang dari saya dan yang baik itu datang dari ALLAH... Salam Maal Hijrah...

3 Benda perlu ada jika saya terdampar di sebuah pulau

| Thursday, October 24, 2013
1. Parang



Orang selalu akan membawa pisau, tetapi saya akan membawa parang sebab pagi saya parang lebih memudahkan kerja untuk memotong kayu2 besar, buluh untuk dibuat rakit dan menebas pokok di hutan. Parang juga akan saya gunakan untuk membuat tempat pelindungan, membuat rakit dan menyembelih binatang yang boleh dimakan di pulau tersebut. Selain itu, parang boleh digunakan untuk mengorek lubang untuk bercucuk tanam. 

2. Api/Lighter/Mancis



Digunakan untuk menyalakan api diwaktu malam dan membakar daun2 kering untuk membuat asap kecemasan supaya orang akan sedar bahawa saya berada dalam keadaan kecemasan. Selain itu, api digunakan untuk pertahanan, membakar makanan dan tanda kecemasan. Saya tidak mempunyai kemahiran menghidupkan api sendiri, jadi saya mancis atau lighter sangat berguna bagi saya. Jika keadaan tanah basah, saya masih boleh menghidupkan api di pulau tersebut.

3. Kain putih yang besar



Saya akan membuat sebuah rakit dan akan menggunakan kain tersebut sebagai pelayar, supaya rakit saya boleh berlayar menggunakan angin. Saya juga akan menulis tanda kecemasan diatas kain putih tersebut. warna putih juga saya gunakan kerana saya ia boleh dinampak dari jauh. Kain juga akan saya gunakan sebagai selimut, dan mempunyai pelbagai kegunaan lain. 

Jika saya terdampar di sebuah pulau...
Saya akan membina tempat perlindungan di pulau tersebut, Saya akan mengumpul sebanyak makanan yang ada dipulau itu dan saya akan membina sebuah rakit untuk saya berlayar mencari pertolongan. Sebelum saya berlayar saya akan meninggalkan kesan di pulau tersebut dengan memberi tahu perkenalan diri saya. Saya akan berlayar menggunakan pengetahuan geografi saya mengenai arah tiupan angin, bintang dan  keadaan muka bumi. 



Brides Maid...

| Wednesday, October 23, 2013
Sungguh sekejap masa berlalu...
Macam baru semalam main masak-masak dengan menggunakan periuk lama, bakar daun kering bersama depan rumah tok wan...
sekarang sorang demi seorang masuk ke fasa kehidupan yang seterusnya di alam nyata..
sorang demi seorang sepupu ku berkahwin..
Aku memang banyak sepupu..
Tapi yang baya aku kebanyakkanya akan mendirikan dan sudah pun mendirikan rumah tangga...
Kira aku ni yang paling muda... so.. terpaksalah menjadi pengapit dorang ni haaa.. 


Zaman Hingusan.. Setengah dari gambar di atas telah dan akan berkahwin...


Kami bersaudara... hihi
Sepupu belah mama memang banyak
Pahang, Penang, Perak, Kedah sume ade....
Lagi-lagi belah utara...

17 October 2013

Aku balik penang, rumah sepupu terapat ku...
Membantu membuat persiapan perkahwinannya...

18 October 2013

Majlis pernikahan sepupuku...
Aku lah tukang driver, pembantu peribadi dan pengapit..
huuuh... Alhamdullilah, sepupuku selamat menjadi isteri orang dengan satu kali lafaz...


Drebar lorii
Dah macam artis dah!


Alhamdullilah...
19 october 2013

Majlis resepsi berlangsung di dewan...
Macam yang dirancang..
Aku laa pengapitnyaa...
Segan.. Makan beradap..
errr... Aku dah la segan dengan orang..
Layan je laa...


 


 




 


Selamat Pengantin Baru Zulia dan Zulhakim.. Semoga kekal hingga ke akhir hayat..
bile jadi pengapit ni tetiba feeling2 nak kahwin plak.. hihi.. 3 NOVEMBER NI Majlis resepsi belah lelaki pulopp... moh jadi tetamu VIP.. haha
:p

NotaKaki: Ni Kali ke 2 jadi pengapit, pertama time kakak sendiri kawin.. macam tahun depan kne jadi pengapit lagi je untuk kali ke 3, adik pengantin ni plak nk kahwin tahun depan.. :/

Berhujung Minggu di Ulu Yam..

| Thursday, October 10, 2013
Dua Minggu terakhir sebelum cuti raya ni memang busy giler.. test bersepah, projek menggunung, patah tumbuh hilang berganti umpamanya..
Aku??
Aku?? 
Aku?? Masih stedy.. xde la stedy sangat.. moody jugak la mengadap kerja yang berlambak-lambak.. 
Tapi aku masih ada masa spend time ngan family, pada mulanya aku memang tak nak join, tapi memikirkan perasaan keluarga ku kalau aku tak join, aku terpaksa ikut jugakk...
So ape pun aku tetap enjoy..
Sebenarnya ada event hari keluarga bersama kawan papa.. kakakku sarat mengandung jadi tak boleh nak ikut, adikku pulak SPM tahun ni soo die dok kat asrama jee, adikku yang kecik je yang tinggal bersama.. So kami pergi berempat, Papa, Mama, Jiha dan aku.. 

Click 1!

Click 2 ( Makanan nyum nyum)

Click 3 ( Najihah bersama kawan2 baru)

Click 4!
Enjoy jugak laa.. walaupun pergi dengan orang yang baru nk kenal2 (Keluarga kawan papa) khemah, bakar-bakar dan menikmati keindahan alam.. wee~ 

Sekian Coretan Penaku...

NotaKaki: Dari kecik sampai besar ntah berapa kali pi sini and sg congkak.. best!

Tragedi 24092013

| Saturday, September 28, 2013
Selasa itu, macam biasa... aku bangun seawal 5.00AM untuk menyiapkan barang untuk berniaga di fakulti..
Macam tu lah rutin harian aku setiap selasa untuk sem ni... huhuu... Potong buah untuk dibuat rojak, buat teh tarik dan memasukkan barang ke dalam kenderaan untuk dibawa ke fakulti... Pagi itu cuaca sejuk, jalan basah mungkin baru lepas hujan malamnya..
Aku keluar rumah seawal 6.50 pagi.. Jalan tidak begitu sesak kerana aku keluar awal, tetapi sudah mula banyak kereta di jalan.. Untuk ke UiTM Shah Alam dari rumahku, boleh melalui 2 jalan, Jalan Meru dan Jalan Setia Alam.. Aku Memilih untuk melalui Jalan Meru kerana dikehendaki untuk mengambil Karipap di Salah Sebuah Stesen minyak untuk dijual di fakulti.. Hari itu, Hati ku berasa tidak sedap hati...
Tiba-tiba... Pangg! Aku terpaksa break mengejut kerana keregta dihadapanku membuat emergency break...
Kenaaa! Maka berlanggarlah aku dengan kereta dihadapanku...


Lampu besar pecah dua-dua, Bonet kemek, No Flat pecah dan satu
lampu kecil di sebelah kiri pecah..
Bumper kemek

Aku meminta kereta dihadapanku untuk mengalihkan kenderaan ketepi untuk mengalakkan dari kesesakan jalan.. Aku menggigil, trauma, ketakutan, tetapi aku gagahkan jua.. Aku menggigil menelifon Mama, mujurlah hari itu Papa dan Mama baru hendak keluar dari rumah dan melalui jalan yang sama untuk ke tempat kerja..
Tak lama kemudian Mama dan Papa sampai ke tempat kejadian, Mama ngan papa cool je..
Papa menghantar aku ke fakulti bersama barang-barang niaga aku, Mama dan Papa menyuruh aku mengutamakan kerja aku di fakulti..Mama membuat deal dengan orang hadapan dan kemudian membawa kereta aku kerumah semula unutk dibaiki... Aku berasa sangat trauma dan serba salah... Mama tidak pergi ke kerja pada hari kejadian kerana aku.. Papa pula menghabiskan banyak duit untuk membaiki kereta aku...
Aku sampai ke fakulti agak lambat sekitar 8.10am, aku terduduk sekejap dan membuat kerjaku dengan perasaan tidak tenteram. Banyak kali jugalah aku menelifon Mama dan Papa ku menanyakan keadaan keretaku dan kereta Waja tersebut.
Pada pukul 5PM aku habis meniaga, Papa dan Mama menjemputku dari fakulti, kami terus ke kedai makan untuk berbincang, Mama dan Papa menasihati aku untuk menjadikan ia sebagai pengajaran dan berhati-hati apabila membawa kenderaan, walaupun orang dihadapanku telah mengaku yang dia telah membuat emergency break, tetap aku yang salah kerana aku telah melanggarnya...
Keretaku telah siap pada petang itu juga...
Tadaaa....


Bonet depan da kene warna hitam..




Sekianlah Coretan Penaku... Sorry Mama dan Papa.... Aku janji aku akan lebih berhati-hati....


NotaKaki: Walau power bawak kereta tetap berlanggar.. Sematkan dalam hati, jadikan pengajaran untuk sentiasa beringat dan berhati-hati..peace yaw!











 

Copyright © 2013 Coretan Penaku
Minimum Viewing Requirements: Google Chrome | IE 10