Tragedi 24092013

| Saturday, September 28, 2013
Selasa itu, macam biasa... aku bangun seawal 5.00AM untuk menyiapkan barang untuk berniaga di fakulti..
Macam tu lah rutin harian aku setiap selasa untuk sem ni... huhuu... Potong buah untuk dibuat rojak, buat teh tarik dan memasukkan barang ke dalam kenderaan untuk dibawa ke fakulti... Pagi itu cuaca sejuk, jalan basah mungkin baru lepas hujan malamnya..
Aku keluar rumah seawal 6.50 pagi.. Jalan tidak begitu sesak kerana aku keluar awal, tetapi sudah mula banyak kereta di jalan.. Untuk ke UiTM Shah Alam dari rumahku, boleh melalui 2 jalan, Jalan Meru dan Jalan Setia Alam.. Aku Memilih untuk melalui Jalan Meru kerana dikehendaki untuk mengambil Karipap di Salah Sebuah Stesen minyak untuk dijual di fakulti.. Hari itu, Hati ku berasa tidak sedap hati...
Tiba-tiba... Pangg! Aku terpaksa break mengejut kerana keregta dihadapanku membuat emergency break...
Kenaaa! Maka berlanggarlah aku dengan kereta dihadapanku...


Lampu besar pecah dua-dua, Bonet kemek, No Flat pecah dan satu
lampu kecil di sebelah kiri pecah..
Bumper kemek

Aku meminta kereta dihadapanku untuk mengalihkan kenderaan ketepi untuk mengalakkan dari kesesakan jalan.. Aku menggigil, trauma, ketakutan, tetapi aku gagahkan jua.. Aku menggigil menelifon Mama, mujurlah hari itu Papa dan Mama baru hendak keluar dari rumah dan melalui jalan yang sama untuk ke tempat kerja..
Tak lama kemudian Mama dan Papa sampai ke tempat kejadian, Mama ngan papa cool je..
Papa menghantar aku ke fakulti bersama barang-barang niaga aku, Mama dan Papa menyuruh aku mengutamakan kerja aku di fakulti..Mama membuat deal dengan orang hadapan dan kemudian membawa kereta aku kerumah semula unutk dibaiki... Aku berasa sangat trauma dan serba salah... Mama tidak pergi ke kerja pada hari kejadian kerana aku.. Papa pula menghabiskan banyak duit untuk membaiki kereta aku...
Aku sampai ke fakulti agak lambat sekitar 8.10am, aku terduduk sekejap dan membuat kerjaku dengan perasaan tidak tenteram. Banyak kali jugalah aku menelifon Mama dan Papa ku menanyakan keadaan keretaku dan kereta Waja tersebut.
Pada pukul 5PM aku habis meniaga, Papa dan Mama menjemputku dari fakulti, kami terus ke kedai makan untuk berbincang, Mama dan Papa menasihati aku untuk menjadikan ia sebagai pengajaran dan berhati-hati apabila membawa kenderaan, walaupun orang dihadapanku telah mengaku yang dia telah membuat emergency break, tetap aku yang salah kerana aku telah melanggarnya...
Keretaku telah siap pada petang itu juga...
Tadaaa....


Bonet depan da kene warna hitam..




Sekianlah Coretan Penaku... Sorry Mama dan Papa.... Aku janji aku akan lebih berhati-hati....


NotaKaki: Walau power bawak kereta tetap berlanggar.. Sematkan dalam hati, jadikan pengajaran untuk sentiasa beringat dan berhati-hati..peace yaw!











Nostalgia (If I Can turn back time... I will...)

| Thursday, September 19, 2013
Assalamualaikum penghuni blog...

If I could turn back time... I will... ??

Ni saye nk cerita.... Mari dengar dan baca...




Jikalau saya dapat putar kembali masa... Saya akan belajar bersungguh-sungguh, menjadi kurusss selamanya dan bertekad dan mengejar untuk mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC) masa diploma dulu...


Zaman hingusan


 Zaman Tadika


Zaman Diploma


Zaman Diploma



Zaman Kegemilangan saya sehingga berumur 22 tahun.. 


Zaman hinggusan

Zaman tadika
Zaman Sekolah Rendah
Zaman Sekolah Mengah
Zaman Menunggu Result SPM
Zaman Diploma
Zaman Bekerja Part-time
Zaman Degree
Zaman.......

Jikalau saya kembali ke zaman hingusan.... saya akan meminta daripada mama dan papa saya untuk  membeli banyak banyak anak patung barbie.. haha.. sebab masa kecik-kecik dulu saya suka main permainan lelaki, power rangers, ultraman sume ada dalam tangan.....


Jikalau saya kembali ke zaman tadika... saya akan menjadi seorang ketua kelas yang sangat sopan santun dan baik.. sebab masa tadika saya telah menjadi seorang ketua kelas yang ganas dan suka membuli orang... haha.. dan saya akan meminta maaf kepada semua orang yang telah saya buli....



Jikalau saya kembali ke zaman sekolah rendah.... saya akan menjadi seorang murid yang baik dan pintar kerana saya sering kali bermain dan tidak serius ketika di kelas...

Jikalau dapat kembali ke zaman sekolah menegah.... saya akan menjadi seorang yang lebih ceria dan peramah kerana saya rasa pada zaman itu saya telah berubah menjadi seorang yang pasif, pendiam dan pemalu.. haha.. boleh caye ke??? iyer... saya juga akan belajar bersungguh-sungguh untuk medapat keputusan yang cemerlang dalam SPM supaya dapat masuk ke IPTA dan belajar dalam bidang yang saya inginkan.. iaitu Sains Geomatik.. tetapi keputusan PMR saya tak berapa bagus jadi tak dapatlah masuk aliran Biology, terpaksalah memasuki aliran Enggineering... sooo... Sains GEOMATIK bye! kalau lah dapat berubah saya akn belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat bidang yang saya inginkan...

Jikalau saya kembali ke zaman menunggu result SPM... Saya nak bekerja dengan lebih lama dan mengumpul duit yang banyak kerana saya rasa pada masa tersebut saya banyak menghabiskan masa dengan berlepak bersama rakan-rakan dan menghabiskan duit ibu bapa.. haha... 

Jikalau saya kembali ke zaman diploma.... saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ANC dan membanggakan kedua ibu bapa saya... saya juga akan menjaga pointer saya supaya tak jatuh... saya juga akan aktif memasuki kelab-kelab untuk mengumpul kenalan kerana saya rasa pada masa itu saya mempunyai sifat "kurang keyakinan diri" jadi kalaulah saya dapat putar kembali masa saya akan meningkatkan tahap keyakinan diri dengan aktif berpesatuan...

Jikalau saya dapat memutarkan kembali masa saya ingin menjadi kurusssss dan saya ingin menjadi seorang manusia yang dapat mengembirakan hati kedua ibu bapa dengan memiliki banyak ilmu dan kemahiran yang tinggi..


Tetapi mustahil untuk masa itu kembali lagi dan mustahil untuk saya mengubahnyaa...
Itu yang dinamakan "Destiny"... Takdir itu mengubah segalanya....

Saya berharap saya akan menghabiskan degree saya dengan cemerlang, mendapat pekerjaan yang baik dan bagus, serta dapat membahagiakan kedua ibu bapa saya sebelum saya masuk ke fasa kehidupan yang lain... 




Sekian coretan penaku....

NotaKaki:  Ayat sedikit skema, gua tak tau nak citer ape der.... 




Karipap putaq..

| Monday, September 16, 2013
Sabtu lepas aku dok berkampung kat penang, soo merewang la malam tu membuat segala bagai jenis kuih, gubahan hantaran dan membuat perhiasan pelamin.. depa ni dok buat kuih karipap pusing malam tu, aku dok tengok dan blajaq la skit-skit.. syiok gak aku tengok.. pastu aku amik la resepi dari depa... 




Ni la gambaq-gambaq sempat aku tangkap masa kat rumah sepupuku...

Jadi... Harini aku pun nak practice laa ape yang aku blajaq kat rumah.. haha.. aku buat karipap putaq sendiri...

taraaa.....

Step 1 : Tepung gandum, marjerin dan sedikit minyak, uli bulat-bulat macam kat gamba tuu.. 
(tu tangan jiha hihi)

Step 2 : Untuk lapisan ke dua, uli tepung gandum dengan air smpai jadi macam kat gamba, haa pastu kepal-kepalkan... jadikan bulat...

Step 3: roll kan adunan tadi 2 kali secara bertentangan..


 Step 4 : Buat gulungan pastu potong 2 seperti gambar di atas..

Step 5 : Roll kan semula, haa kan dah nampak pusaran! hihi..


haaa... ni inti die kentang, daging cincang serbuk kari ngan sedikit udang kering... masak la ikut suke...

ni la hasilnyee... tara...


  ni setelah siap dimasak... hihi.. nyum nyum nyum.... jemput makan!


NotaKaki: siapa-siapa yang tak clear dengan step2 aku bagi,jangan segan tanya naaa.. Insyallah aku bole ajaq.. hihi.. :)

Cousin Engagement day....

|
14 september 2013



Penang aku datang, menghadiri majlis sepupu kesayangan di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam... Perjalanan mengambil masa 5 Jam sebab banyak sangat berhenti... 

15 September 2013


Bawak cik cousin pergi make up kat kepala batas, sambil meninjau- ninjau kat butik pengantin tuu.. cantekk!
Aku la yang kne drive, cik cousin tak bole drive, darah manis la katekan...

Ini lah cik cousin kite da siap! Sebelah tu kakak die darah manis gak, nak kawin bulan oct nanti..

Tunang-tunangan

Macam baru semalam kite main masak-masak kat kampung dlu... Sekejap je da besar.... dah jadi tunang orang dah...

Excited tengok orang bertunang, macam best jeee... haha... Selamat bertunang sepupuku, Semoga cepat kahwin.. Haaa 19 October nanti kite jumpa lagi, nak kene jadi pengapit kepada kakaknya pulak.. :)

NotaKaki: Feeling2 tunang, macam best! kito bile lagi... haihhsss....

My Intro for new blog...

| Thursday, September 12, 2013
Assalamualaikum pembaca belog,

Dulu Saya ada blog, tapi dah da activate sekarang dah tak boleh buka sebab dah kne delete oleh mr blogspot.

So untuk permulaan blog yang baru ni saya nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA LECTURE SAYA EN HASMAN BIN ABDUL MANAN kerana telah menggalakkan saya kembali active sebagai blogger ... haha sebenarnya untuk subjek E-commerce dan blog ini adalah salah satu projek yang telah diberikan oleh En Hasman sebagai tugasan untuk subjek ini, saya perlu update blog ini pada setiap minggu.Semoga saya akan mendapat A+++ untuk subjek ini dan subjek-subjek yang lain.. Amin..


Sekian isi kandungan yang ringkas... Terima Kasih...

NotaKaki: BELOG INI UNDER CONSTRUCTION, AKAN DIBANGUNKAN DARI MASA KE SEMASA...
 

Copyright © 2013 Coretan Penaku
Minimum Viewing Requirements: Google Chrome | IE 10